Melambangkan bendera Malaysia dan semangat nasionalisme semua atlet
Konsep
4Â blok aerodinamik (merah):
Simbol kemenangan dan kejayaan
Mewakili 4 bangsa utama di Malaysia (Melayu, Cina, India dan Pribumi)
Warna
Biru: semangat kesukanan yang tinggi
Merah: simbol keberanian dan keazaman yang membara
Kuning: simbol kejayaan
5 Bulatan
Melambangkan 5 Rukun Negara:
Kepercayaan kepada tuhan
Kesetiaan kepada raja dan negara
Keluhuran perlembagaan
Kedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan
Sejarah SUKMA
Sukan Malaysia (SUKMA) adalah temasya sukan yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) Malaysia dengan kerjasama Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Persatuan Sukan Kebangsaan serta kerajaan negeri yang terlibat dalam penganjuran temasya sukan remaja secara dwitahunan ini.  Selain bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang sukan, pemilihan negeri-negeri selaku tuan rumah adalah bertujuan untuk menaik taraf kemudahan sukan di negeri-negeri bagi membantu pembangunan sukan secara keseluruhan di Malaysia.

Temasya ini telah bermula pada tahun 1986 dengan Kuala Lumpur selaku tuan rumah pertama temasya ini. Temasya sukan ini dilaksanakan setiap dua tahun sekali mengikut negeri sehingga tahun 2010.Â
Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Sukan (JKPS) pada tahun 2010 telah memutuskan untuk temasya ini untuk dianjurkan setiap tahun mulai tahun 2011 dengan MSN sebagai tuan rumah pada setiap tahun ganjil dalam usaha untuk membangunkan dan mendemokrasikan semua sukan di Malaysia terutamanya sukan pilihan.Â
Walau bagaimanapun temasya SUKMA pada tahun ganjil telah dihentikan pada tahun 2015, atas sebab agenda sukan negeri yang padat dan kos yang tinggi buat Majlis Sukan Negeri untuk membiayai sebuah kontinjen SUKMA pada setiap tahun.

SUKMA edisi ke-20 menyaksikan MSN diberi mandat oleh Jawatankuasa Tertinggi SUKMA untuk mengambil alih tanggungjawab selaku tuan rumah SUKMA 2022 selepas Johor memulangkan semula hak penganjuran ekoran dari impak pasca COVID-19.
Pada 12 Jun 2013, Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA telah memutuskan temasya SUKMA edisi ke-21 diadakan di Sarawak pada 17 hingga 24 Ogos melibatkan Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.
Definisi Logo SUKMA XXII Selangor 2026
Logo rasmi SUKMA XXII Selangor 2026 menggabungkan elemen helang, api, dan obor bersama angka Rom XXII. Reka bentuk ini melambangkan semangat juang, kecemerlangan, serta menandakan edisi ke-22 temasya sukan ini sambil meraikan kembalinya Selangor sebagai tuan rumah selepas 28 tahun.
Elemen dan Simbolisme Logo
Helang, Api, dan Obor: Melambangkan semangat membara, kekuatan, serta daya saing para atlet yang bertanding.
Angka Rom XXII: Menunjukkan edisi ke-22 kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) bagi tahun 2026.
Signifikansi Tuan Rumah: Meraikan kembalinya negeri Selangor sebagai tuan rumah temasya selepas kali terakhir dianjurkan pada tahun 1998.