>
Sukan Selangor (SUKSES)

Sukan Selangor (SUKSES)

Pengenalan

Kejohanan Sukan Selangor (SUKSES) ini dianjurkan oleh Majlis Sukan Negeri Selangor dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor, Persatuan Sukan Negeri Selangor yang bergabung dengan Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS).

Logo SUKSES V, 2003

SUKSES

Sukan Selangor – Adalah teras kekuatan, kegemilangan dan keunggulan sukan di Selangor.

Huruf S

Merupakan teras logo – Digambarkan secara grafik dan membentuk SUKSES V. Ia juga menjadi teras kepada obor sukan yang menjadi asas kukuh dalam melahirkan jaguh sukan.

Api Obor

Api Obor membentuk figura dua huruf “S” yang boleh diertikan sebagai Sukan Selangor iaitu Asas Kepada Kecemerlangan Negeri Selangor dalam bidang sukan. Api juga terbentuk seolah-olah dua pelari yang sedang bersaing ke garisan penamat. Ia membawa signifikasi semangat kesukanan yang tinggi yang perlu ada pada setiap ahli sukan.

Warna

Warna Merah dan Kuning adalah warna-warna Negeri Selangor. Warna Biru adalah warna perpaduan iaitu tapak yang padu dalam menjurus kegemilangan sukan Negeri Selangor.

Maskot SUKSES V, 2003

Burung Raja Udang

Burung Raja Udangjuga dipilih atas dasar keindahan warna yang terdapat pada bulunya. Warna pada bulu burung tersebut melambangkan keharmonian dan gahnya burung tersebut. Warna-warna tersebut melambangkan kesungguhan, semangat juang dan keharmonian para atlet disamping tidak melupakan kesukanan yang tinggi.

Burung Raja Udang merupakan burung yang pandai merancang dan burung yang cekap. Burung ini dipilih atas dasar ciri-ciri tersebut. Ini dapat memberikan gambaran bahawa atlet Negeri Selangor adalah seperti burung raja udang yang pandai merancang dan cekap dalam meraih kejayaan yang mutlak.

Maskot SUKSES

Helang Putih

Helang Putih atau Helang Laut adalah sejenis binatang yang memaparkan ciri-ciri kegagahan serta keberanian. Justeru itu, ia akan menjadi mascot di Kejohanan Sukan Selangor Yang Berwibawa dan Cemerlang.

Helang Putih atau Helang Laut juga merupakan Maskot Rasmi Negeri Selangor Darul Ehsan.

Logo SUKSES

Logo Keseluruhan

Logo keseluruhan melambangkan “Jalur Bersilang” yang secara simboliknya menggambarkan “Gelanggang Sukan” yang menjadi pentas bagi atlet-atlet bersaing.

Warna Merah

Melambangkan semangat jitu para atlet yang bertanding bagi mencapai paradigma baru dalam bidang sukan.

Warna Biru

Melambangkan perpaduan yang dicernakan dikalangan atlet yang bertanding.

Warna Kuning

melambangkan evolusi sukan yang dicapai setelah 9 tahun SUKSES dipertandingkan.

Warna Biru Muda

Melambangkan usia muda atlet yang bertanding yang menggenggam satu iltizam iaitu kecemerlangan sukan di masa hadapan.

Titik Kuning & Merah

Mewakili warna utama yang terdapat pada bendera rasmi Negeri Selangor Darul Ehsan.

Titik Biru

Melambangkan kejayaan atau rekod yang dicipta oleh atlet-atlet yang berbanding.

Lagu Tema Kejohanan Sukan Selangor (SUKSES)

Kemuncak Sukan Selangor Darul Ehsan
Lambang Atlet Warisan
Penuh Semangat Berjuang
Selangor Terus Cemerlang

Kegemilangan SUKSES Penuh Gaya
Menuju Puncak Jaya
Gerak Langkah Sungguh Gagah
Berjaya Setiap Acara

SUKSES (2X)
Penuhi Azam Warganya
SUKSES (2X)

Selangor Megah Terbilang
Berjuang Penuh Harapan
Capai Kejayaan Murni
Lahir Atlet Berwawasan
Semangat Jati Diri

Temasya Gilang Gemilang
Lambang Perpaduan Bangsa
Bersama Kita Jayakan
Sukan Selangor….

(Ulang 2 Kali)

Skip to content