Info Korporat
>
Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

1

Memastikan semua bil, tuntutan dan bayaran dibayar dalam tempoh yang ditetapkan dan tarikh ianya diterima dengan lengkap dan sempurna berdasarkan AP 103 (a) dalam tempoh 14 hari.

2

Menjadikan Majlis sebagai sumber rujukan kepada pemegang taruh dari aspek sukan berprestasi tinggi.

3

Memproses dan memberi maklumbalas permohonan bantuan peruntukan kewangan yang lengkap bagi penganjuran kejohanan / program pembangunan / penyertaan kejohanan / bantuan atlet yang telah diluluskan dalam tempoh 14 hari bekerja.

4

Menyediakan khidmat nasihat saintifik, perundingan dan perkhidmatan berkaitan dalam sains sukan dan perubatan sukan kepada pemegang taruh.

5

Memberi maklumbalas berhubung permohonan penggunaan kemudahan fasiliti sukan yang berada dibawah pengurusan MSNS dalam tempoh lima (5) hari bekerja.

6

Memproses permohonan program PeBS yang lengkap bagi kelulusan dalam tempoh 14 hari bekerja.

7

Mengurus maklumbalas berkaitan aduan dan cadangan yang diperolehi menerusi laman web, emel dan sistem SISPAA dalam tempoh 14 hari bekerja.

Skip to content