Program ‘SFC Partners Presentation Day 2024’

YB Tuan Mohd Najwan bin Halimi, EXCO Belia, Sukan Dan Keusahawanan menghadiri Program ‘SFC Partners Presentation Day 2024’ bertempat di Stadium MBPJ. Turut bersama adalah YBrs. Tuan Mohamad Nizam bin Marjugi, Pengarah Eksekutif MSNS.

Program ini telah disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Sejurus itu, telah berlangsung perlawanan persahabatan bola sepak di antara Pasukan Pilihan DYTM Raja Muda Selangor menentang Pasukan Pilihan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.

#KitaSelangorMajuBersama
#MSNSelangor#MSNS
#GenerasiMasaDepanSelangor

Skip to content