Program persiapan akhir menjelang Temasya SUKMA Sarawak bagi Pasukan Sepak Takraw, Taekwondo dan Karate Selangor

YBrs. Tuan Mohamad Nizam bin Marjugi, Pengarah Eksekutif MSNS meluangkan masa ke Pusat Kecemerlangan Sukan Negeri Selangor untuk menyaksikan Pasukan Sepak Takraw, Taekwondo dan Karate Selangor menjalani program persiapan akhir menjelang Temasya SUKMA Sarawak yang bakal berlangsung pada bulan Ogos ini.

Tuan Pengarah juga menyampaikan amanat dan kata-kata semangat sebagai motivasi kepada para atlet yang akan membawa cabaran Kontinjen Negeri Selangor pada bulan hadapan.

#KitaSelangorMajuBersama
#MSNSelangor#MSNS
#GenerasiMasaDepanSelangor

Skip to content