>
Anugerah Sukan Negeri Selangor

Anugerah Sukan Negeri Selangor

Pengenalan

Anugerah Sukan Negeri Selangor dianjurkan oleh Majlis Sukan Negeri Selangor pada setiap tahun, dan merupakan acara tahunan yang berprestij, di peringkat Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, bermula dari Anugerah Sukan Negeri Selangor 2014, penganjurannya telah ditukar kepada dua (2) tahun sekali.

Objektif

Sebagai menyatakan tanda penghargaan Kerajaan Negeri Selangor kepada orang perseorangan, persatuan sukan dan pertubuhan yang berkenaan di atas jasa perkhidmatan serta kepimpinan ke arah kemajuan sukan di Negeri Selangor.

Tanda penghargaan Negeri Selangor kepada ahli sukan yang mengharumkan nama negeri serta mencapai kejayaan yang cemerlang dalam acara sukan Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa.

Sebagai pemangkin semangat kepada atlet-atlet baru untuk meningkat kualiti dan mengharumkan nama Negeri Selangor ke peringkat tertinggi.

Mengeratkan hubungan antara penggiat-penggiat sukan dengan wakil-wakil media dalam membantu menaikkan semangat atlet-atlet.

Skip to content