TABUNG SOLIDARITI BERSAMA SELANGOR FC

TABUNG SOLIDARITI BERSAMA SELANGOR FC

PELANCARAN TABUNG SOLIDARITI BERSAMA SELANGOR FC
 
Bola sepak, yang selama ini dijulang sebagai sukan yang menyatukan rakyat kini dicemar dengan elemen keganasan dan ketaksuban kenegerian yang melampau hingga menjurus kepada perpecahan di kalangan masyarakat.
 
Kerajaan Negeri menjunjung kasih titah DYMM Sultan Selangor yang mencerminkan ketegasan dan kepekaan Baginda terhadap pelbagai isu dan ketidakadilan yang sedang dihadapi oleh Kelab Bola Sepak Selangor (Selangor FC).
 
Susulan daripada keputusan tidak adil dan bersifat penindasan yang dijatuhkan oleh Malaysian Football League (MFL) kepada Selangor FC semalam, Kerajaan Negeri menerusi Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) akan melancarkan Tabung Solidariti Bersama Selangor FC bermula pada malam ini sehingga 2 Julai 2024.
 
Inisiatif ini bertujuan untuk memberikan ruang kepada semua rakyat Malaysia dan para peminat sukan bola sepak merentasi batas kenegerian untuk menzahirkan dukungan kepada Selangor FC dengan sumbangan kecil RM1 kepada Tabung Solidariti Bersama Selangor FC.
 
Hasil dari sumbangan ini kemudiannya akan diserahkan kepada pihak Selangor FC bagi membantu mereka memperjuangkan keadilan sehingga ke peringkat tertinggi terhadap hukuman melampau yang telah dijatuhkan oleh MFL.
 
Kepada yang berhasrat untuk menyumbang, anda boleh mengimbas kod QR berikut sebagai tanda solidariti anda.
 
Semoga dengan inisiatif ini dapat menggerakkan penyertaan semua pihak yang berkongsi citra dan aspirasi untuk mengembalikan semula sukan bola sepak sebagai sukan yang memupuk keharmonian dan perpaduan di kalangan rakyat.

Date

27 June 2024

Tags

Hebahan